Sunday, February 15, 2009

PETUA

Menghilangkan gatal getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Mengatasi semut masuk dalam telinga
Kadang-kadang ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang telinganya dimasuki oleh serangga seperti semut yang sukar untuk dikeluarkan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain disemak-semak, khususnya pada anak lelaki. Mengeluarkan semut tersebut memang satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk dikeluarkan semakin dalam masuknya dan makin menyakitkan. Sebenarnya ada satu cara yang paling baik untuk dilakukan biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kapur sirih sebaik-baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air. Sapukanlah kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda bahagian luar telinganya sahaja. Biarkan seketika pasti semutnya akan keluar dengan sendirinya. Inilah dia petua orang tua-tua.

No comments:

Post a Comment